Sunday, January 11, 2015

Anugerah Nasyid IKIM.FM 2014 #ANI2014

Assalamualaikum :D

Tadi dok debar debar bak hang tengok #ANI2014 .
Hehe, Aku tengok penasyid yang dari dulu sehinga kini aku minat .

HAFIZ HAMIDUN .

Dari zaman dia debut lagi (Peh, Debut kau)



Overall ,

Kategori Utama 

Lagu Terbaik 

Tempat Pertama: Tangis Sebatang Tamar – Daqmie 
Tempat Kedua: Seiring Sehaluan – UNIC 
Tempat Ketiga: Kasih Padamu – Hafiz Hamidun

Lirik Terbaik 
Ito Lara (Tangis Sebatang Tamar) 

Persembahan Terbaik 
Al-Haq Yang Satu – Mawi & Dato AC Mizal 

Vokal Terbaik 
Daqmie (Tangis Sebatang Tamar) 

Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta IKIM 
Tangis Sebatang Tamar – Daqmie 

Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta IKIM 
Kasih Padamu – Hafiz Hamidun 

Artis Baru Terbaik 
Du’a   

Kategori Pilihan Pendengar 

Artis Solo Pilihan Pendengar : Hafiz Hamidun 
Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar : NOWSEEHEART 
Lagu Pilihan Pendengar : Kasih Padamu – Hafiz Hamidun


TAHNIAH untuk mereka :D

p/s : Esok dah kena balik SMAP Kajang .
Minta maaf , tak sempat blogwalking blog korang balik .
InsyaaAllah , sebulan akan datang . i datang, okay :)

Selamat Menjalani Sesi Persekolahan 2015 !
Hai 4 Musytari >.<

#RoadToSPM2016


Saturday, January 10, 2015

Kepentingan Ilmu *Perkongsian

Assalamualaikum :D

Seperti yang dijanjikannnnnn . teng teng teng
Esok sekolah . Hahaa .

Perkongsian Hadith. InsyaaAllah 

Hadith: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.

Huraian Hadith: 

Pengajaran hadis:

i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :

  1. Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
  2. Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
  3. Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
  4. Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ˜bodoh sombong' maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

Sumber : http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/kepentingan-ilmu


Lama tapi sekejap

Assalamualaikum .

Ahad , hari istimewa kut.
Ahad , hari bermulanya rutin harian baru .
Ahad , hari balik asrama woii .
Ahad , berapa haribulan?

11/1/2015 .

Sekejap je dah nak start sekolah kan.
Haritu masa TPM umum sekolah tangguh, fuh hepi menggunung sampai lupa yang seminggu tu pejam celik pejam celik takdelah lama mana .
Buktinya, ahad ni dah kena balik asrama . Isnin, start sekolah . Fuhh! 
Are you ready, guys? Aku? Mestilah tak tapi terpaksa mereadykan diri sendiri jelahh. Hahaa .

So, start sekolah nanti. Tanamkan semangat belajar kita balik setelah hampir 2 bulan kita cuti.
2 bulan kau . 2 bulan, nampak lama . Memang lama . Tapi rasa sekejap je. 
Sebab manusia , bukan senang nak puas kan? Kalau boleh harihari nak cuti kan? 
Tapi, kita still ada tanggungjawab . Tanggungjawab sebagai pelajar . Tanggungjawab sebagai Muslim. 
MENUNTUT ILMU . Ya ! Menuntut ilmu . 

"Tuntutlah ilmu
Kerana Allah
Satu kewajipan 
Setiap insan

Sudah tertera 
Di dalam Quran
Hadis ditatang
Sunnah dijulang"

Tibatiba teringat nasyid ni time sekolah rendah dulu . Hehe .





Update post ni in action je ni. Hehe
InsyaaAllah, next entry about ilmu .
I'll try to search about 'ilmu' from other sources .
Sharing is caring kan :) 
Walau bukan aku yang menulis sendiri , tapi aku berkongsi .
Taknak lah untung sendiri . Kita untung sama-sama , okay ? :))


Hi School Love On xD 

Thursday, January 08, 2015

Sanah Helwah , kakak :)

Assalamualaikum.

Shoutout post for my sister who studies at Universiti Malaysia Sarawak nun sana.....



Sanah Helwah ya ukhti 
Sanah Helwah ya ukhti
Sanah Helwah Sanah Helwah 
Sanah Helwah ya ukhti~

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to cik Nad
Happy Birthday to you~

Selamat Hari Lahir 
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir cik Nad
Selamat Hari Lahir ~

Saeng il chuk ha ham ni da
Saeng il chuk ha ham ni da
Sarang ha neun Nadiah ssi
Saeng il chuk ha ham ni da ~

Tanjoubi Omedetou
Tanjoubi Omedetou
Tanjoubi Omedetou 
Tanjoubi Omedetou ~

HAPPY 21ST BIRTHDAY !
MAY ALLAH BLESS YOU .
Buat betulbetul Exam !

SINCERELY FROM THE CUTEST MAKNAE 
*perasankejapHeheee

Wednesday, January 07, 2015

Bahaya Hasad Dengki *perkongsian*

Assalamualaikum .

Perkongsian yang aku jumpa di Facebook.
Tak patut rasanya kalau aku tak share di sini.
Lapangkan masa kita untuk membaca ya :)


_________________________________________


Rasulullah ﷺ bersabda; bermaksud: “Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud - 4257)

Sabda Nabi ﷺ, ·“Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan hasad dengki.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi).·

Takrif hasad dengki

Imam Nawawi menulis di dalam Riyadhussolehin tentang apa itu hasad, ”Seseorang yang tidak gembira kalau saudaranya mendapatkan sesuatu, sedangkan ia sendiri akan gembira kalau memperolehnya, maka orang yang sedemikian ini disebut orang dengki.”

Menurut Imam Ghazali, tahap kedengkian itu ada tiga jenis, iaitu: 

1. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan ia dapat menggantikannya.

‎2. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang, sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil bahawa dirinya akan dapat menggantikannya atau memang bukan mudah memperolehinya atau sebab-sebab yang lain. Pokoknya, asalkan orang itu jatuh, ia gembira. Ini adalah lebih jahat dari kedengkian yang pertama.

 ‎3. Dia tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang, tetapi ia benci kalau orang itu akan melebihi kenikmatan yang dimilikinya sendiri. Inipun terlarang, sebab jelas dia tidak redha dengan apa-apa yang telah dikurniakan oleh Allah.

Keadaan orang berhasad dengki

Orang yang berhasad dengki hidupnya tidak akan tenteram. Dia bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT, malah pemikirannya juga sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Sifat dengki akan mewujudkan permusuhan. Manusia seperti ini sentiasa merasakan dialah yang terbaik, jadi dia akan gelisah jika ada orang lain melebihinya.

Paling hina sekiranya dengki itu menyebabkan dorongan kepadanya melakukan sesuatu tindakan semata-mata untuk menjatuhkan orang lain, seterusnya boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah-memfitnah, pergaduhan, pembohongan, putus silaturahim, penghinaan dan lain-lain. Malah tidak hairan jika sifat dengki juga boleh mengakibatkan pembunuhan. Semua kejahatan ini akan wujud ekoran dari perasaan hasad dengki selagi ianya tidak dijauhkan.

Firman Allah SWT, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki.” (Al-Falaq: 5)

Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Hatta ulama-ulama pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi, hingga di dalam hadis ada dinyatakan, salah satu sebab dari golongan yang masuk neraka itu ialah ulama kerana hasadnya.

Allah SWT menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad ayat 29-30:

Patutkah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)? (Muhammad: 29) 

Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan. (Muhammad: 30)

Akibat hasad dengki

1. Merosakkan amalan ketaatan

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi ﷺ bersabda: "Jauhi olehmu sekalian akan sifat hasad, kerana sesungguhnya hasad itu menghapuskan beberapa kebaikan ibarat api memakan kayu api dan rumput." (Bukhari dan Muslim)

2. Mendorong melakukan kedurhakaan

Orang yang bersifat hasad (dengki) tidak akan terlepas dari perbuatan memburuk-burukkan orang lain, berdusta, mencaci dan mengumpat. Dari Dhamrah bin Tsa'labah: "Tentu sahaja orang-orang itu baik, selama mana mereka itu tidak saling dengki-mendengki" (Thabrani)

3.Terhalang dari mendapat syafaat

Dari Abdullah bin Basyar, dari Nabi ﷺ:
"Tidaklah termasuk golonganku, si pendengki, orang yang mengadu domba, orang yang mengamalkan ilmu tenung, dan sayapun tidak dari golongan mereka."

Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: "Orang-orang yang menyakiti hati orang mukmin lelaki mahupun wanita dengan apa-apa yang mereka tidak lakukan (tuduhan palsu), maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan kedustaan dan dosa yang nyata." (Thabrani)

4. Masuk Neraka

Dari Umar dan Anas bin Malik r.a, Nabi ﷺ bersabda:
"Ada enam macam orang yang akan masuk neraka sebelum dihisab, oleh sebab enam jenis perbuatan." Siapakah mereka ya Rasulullah? Baginda menjawab:
1. Para penguasa, kerana tindakan aniaya mereka,
2. Orang Arab oleh sebab sifat asabiyahnya,
3. Para penjajah kerana keangkuhannya,
4. Para pedagang, kerana perbuatan khianat mereka,
5. Orang kampung kerana kebodohannya,
6. Para ulama oleh sebab sifat dengki mereka. (Riwayat Dailamy)

5. Berbuat sesuatu yang akan membahayakan orang lain.

Allah SWT menyarankan agar memohon kepadaNya perlindungan dari kejahatan Syaitan dan kejahatan pendengki.

Firman Allah bermaksud: "Dan dari kejahatan si pendengki apabila dia mendengki" (Al Falaq: 5)

Nabi ﷺ bersabda: "Mintalah pertolongan atas terlaksananya beberapa keperluanmu dengan sembunyi-sembunyi, kerana sesungguhnya tiap-tiap yang mendapat nikmat itu didengki"

6. Menghadapi kesulitan hidup dan bergelumang dengan dosa dan durhaka.

Berkata Ibnus Sammaki: "Saya belum pernah melihat orang yang aniaya, seperti orang yang dianiaya oleh orang yang berbuat dengki, iaitu sulit, fikirannya bingung serta selalu susah."

7. Hati menjadi buta.

Seorang yang hasad dengki seakan tidak dapat memahami hukum Allah lagi asalkan dia dapat melaksanakan kedengkiannya seperti tindakan Qabil membunuh Habil. Berkata Sufyan: "Janganlah engkau menjadi orang yang pendengki serta cepat mengambil kesimpulan."

8. Selalu gagal dalam hidup.

Kata hukama': Orang yang pendengki itu tidak akan jadi pemimpin (selalu menemui kegagalan). 

Apakah ada hasad di dalam diri kita?

Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan kita sakit hati dan orang lain dapat bencana kita senang hati. Jiwa sentiasa rasa menderita dan terseksa.

Bila wujud hasad dengki dalam diri, akan berlakulah hina menghina, fitnah memfitnah, benci membenci, dendam-mendendam, jahat sangka dan mengadu domba yang semuanya akan mendatangkan dosa-dosa dan menghapuskan kebaikan lainnya. Mungkin ada sedikit kebaikan yang pernah kita buat, semuanya akan terhapus dengan cepat umpama api membakar kayu api atau rumput.

Seseorang yang melayan hasad dengkinya adalah penjahat dan perosak serta pemecah-belah persaudaraan antara manusia. Juga dia seorang yang paling biadab dengan Allah SWT. Sama ada dia sedar atau tidak, dia benci kepada Allah, serta tidak syukur dan redha dengan pemberian Allah.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Kisah ini mengingatkan kepada sebuah hadis, yang menerangkan bukan mudah untuk diiktiraf sebagai ulama, "Kamu tidak akan menjadi seorang ulama hingga ada tiga hal dalam dirimu: Kamu tidak dengki terhadap orang yang (keilmuannya) di atasmu, dan kamu tidak meremehkan orang yang (keilmuannya) ada di bawah kamu, serta kamu tidak mengambil (mencari) dunia dengan ilmu kamu". (HR Ad-Darimi-294)

Walau setinggi mana ilmunya, sebanyak mana sekalipun solatnya, puasanya, hajinya dan hebat perjuangannya tetapi di sisi Allah tetaplah dia ahli Neraka, kerana hakikat orang yang berhasad dengki itu orang yang biadap dengan Allah.

Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takutkan Neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi. Lawanlah sungguh-sungguh sifat mazmumah itu.

Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takutkan Neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi. Lawanlah sungguh-sungguh sifat mazmumah itu.

Mengatasi hasad dengki

Di antara langkah-langkah yang mesti kita lakukan sebagai mujahadah terhadap hasad dengki ialah:

1. Setiap kali orang yang kita dengki itu apabila beroleh kejayaan, kita kunjungilah dia untuk mengucap tahniah dan bergembira bersamanya. Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana atau musibah, kita kunjungi pula untuk mengucapkan takziah dan tumpang bersedih bersamanya.

2. Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahsiakan.

3. Selalulah ziarah dan beri hadiah pada orang yang kita dengki itu. Saling berhadiah itu melahirkan kasih sayang dan menjauhkan permusuhan.

‎4. Kalau ada orang cuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita pertahankan dia. Jangan layan orang (atau syaitan) yang hendak merosakkan mujahadah kita.

5. Berdoalah selalu pada Allah SWT agar memudahkan kita mengubat penyakit dengki yang amat bahaya dalam diri kita itu.

Ingatlah selalu janji Allah SWT, "Dan mereka yang berrnujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu." (Al Ankabut: 69)

Timbul hasad dengki kita pada seseorang ialah kerana orang itu mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang mengatasi apa yang ada pada diri kita. Bila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan, perlumbaan atau perniagaan maka datanglah dengki itu.

Sepatutnya tidak ada hasad dengki. Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilan-Nya mengatur pemberian kepada hamba-hamba-Nya, kita tidak akan berdengki-dengkian lagi.

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan/irihati (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa':32)

Allah yang melebih dan mengurangkan pemberian-Nya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sedar dirinya sebagai hamba-Nya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menghadapi ujian.

‎"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk: 2)

Kalau Allah lebihkan seseorang itu dari kita, ertinya Allah mahu menguji kita sama ada sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah.

Kalau begitu apa perlu hasad dengki? Kalau hasad dengki juga ertinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan kita tidak menerima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad bukan sahaja bermusuh dengan orang yang dihasadkan itu tetapi juga bermusuh dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah maka layaklah menjadi ahli Neraka.

Antara orang yang hasad dan orang yang kena hasad, yang susah ialah orang yang hasad, lebih-lebih lagi apabila yang dihasad mendapat kejayaan.

Jika kita didengki

Kita boleh memilih antara empat cara ini:

1. Membalas semula kejahatan dengan kejahatan.

Cara ini pastinya bukan cara yang terbaik, malah akan memburukkan keadaan, serta akan terjadi permusuhan yang berpanjangan. 

2. Berdiam diri. Tidak perlu membalas, hanya perlu bersabar. Tetapi cara ini amat sukar untuk dibuat. Terpaksa memendam perasaan yang sangat sakit, kecuali jika seseorang itu sudah redha dengan segala ketentuan Allah.

3. Membalas kejahatan kedengkian itu dengan kebaikan. Mampukah kita berbaut baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita? Orang dengki kita, kita beri dia hadiah. Orang susahkan kita, kita tolong dia kembali. Ibarat kalau orang lempar kita dengan najis, kita lempar semula dengan minyak wangi. Sedangkan untuk berbuat baik kepada orang yang amat baik kepada kitapun teramat payah, inikan pula kepada orang yang berlaku jahat kepada kita.

4. Doakan mereka agar diberi hidayah oleh Allah, serta akan insaf dan beriman.



_________________________________________

Dengar apa kata abe hafiz kita ni .

Tuesday, January 06, 2015

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

Assalamualaikum :)


*klik banner untuk join.

♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)

Jom join sementara kita semua masih cuti ni. Hehe....


Monday, January 05, 2015

Hoya Blue Control Lens | New Kaca Mata wehuu

Assalamualaikum :D


cr : http://www.bluecontrol.eu/en/home/
Memandangkan aku ni seorang yang rabun .
Aku rabun tak adalah lama mana . Hahaaa. sejak form 1 je.
Sekarang form 3 4 .
So, beberapa minggu yang lepas . Erm, seminggu before result pt3 tak silap, aku pun pergilah buat kaca mata mata . Ceh kaca mata kauu
Hal ini kerana, spec lama aku tu dah rasa macam tak selesa nak pakai plus dah senget sikit sebab dulu aku pernah terpijak . Ganasnya aku
Kakak aku nak buat spec, so aku pun tumpang sekaki .

Sampai kedai kaca mata tu pun, aku masuk lah dengan mata melilau-lilau tengok spec yang cantik-cantik. Lastlast, ambil yang biasa je. Hehe. 
Aku nak try pakai jenis plastic + full frame . Nerdnya mukaaa
Check power, Alhamdulillah. power turun dengan cemerlang. Tinggal 100 je .
Senyuman bangga terserlah sangat time tu tauuu .
TAPI, "dik, silau awak naik mendadak la. Selalu tengok gadget eh?"
Aku hanya mampu sengih je la. Sebab memang betul pun apa kakak tu cakap.
p/s: Kakak tu friendly sangat. Siap ingat kakak aku yang dekat Ireland lagi sbb kakak aku tu pelanggan tetap dia. Hehe.

So, bincanglah tentang jenis jenis cermin ni. Akak tu cadangkan aku ambil Hoya Blue Control Lens ni yang mana dapat :

  • Meneutralkan cahaya biru
  • Membantu mengurangkan stress otot mata 
  • Penglihatan lebih jelas semasa menggunakan bahan elektronik dalam keadaan gelap


cr: Google Images
Untuk korang korang yang rabun dan selalu menghadap laptop, phone memalam buta atas katil before tidur, yang suka main games semua tu, boleh lah try buat spec dengan lens ni . So far aku pakai sekarang ni, mata selesa je. Tak penat serious!
Aku ni dahlah jenis tak suka pakai spec , tapi dengan lens ni aku rasa selesa sangat. Hehee. Atas nasihat akak tu, aku pun selalu pakai sekarang.
Takmo silau naik lagi. Silau bahaya woo. Oh lagi satu, lens dia ni macam ada birubiru sikit. Comel kan? hehee.

Nah, belanja selfie konon.
Oh, spec ni memang lah tak nampak lens biru sebab dah filter centu kan.


*tangan ke bahu , mata ke atas*



Fakta : Hoya juga merupakan stage name Lee HoWon (Infinite) - Heheee


Saturday, January 03, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436 H :)

Assalamualaikum

"Hari Ini birthday kekasih hati aku "
"untunglah ada kesayangan "
"tapi aku tak pernah jumpa Dia "
"siapa ? "
" Nabi Muhammad SAW ♡"

Jom sama-sama selawat :)
Semoga Allah memberkati .



cr : Google Images
Salam Maulidur Rasul . Juga dikenali sebagai Maulud Nabi.

Sekadar perkongsian tentang Rasulullah :)


Sejarah kelahiran Rasullullah

Baginda dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi. Baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.

Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim.

Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.

Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.

Biodata Nabi Muhammad s.a.w

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.

Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.

Usia ketika wafat : 63 tahun.

Nama isteri-isteri :

1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)

*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama anak-anak :

1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)

Bentuk fizikal :
Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.

Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.

Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antara kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.

Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.

Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.

Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.

Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Peperangan yang disertai :

1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk

cr : Blog Masjid Jameatus Solehah Pekan Dengkil


Tahun ni special sebab kita sambut hari kelahiran Nabi Muhammad 2 kali :)
Subhanallah !


Friday, January 02, 2015

2/1/2015

Assalamualaikum

FIRST POST 2015 ^_^

Alhamdulillah, kita mula melangkah ke tahun yang baru.
Reflect balik apa yang terjadi pada 2014 .
Jadikan semuanya ibrah untuk tahun 2015 ini .
Aku manusia juga, aku banyak juga salah. Aku banyak silap. Aku khilaf.
Aku cuma manusia biasa.
2015 ni, aku cuba untuk perbaiki segala kelemahan aku.

Azam aku ? Perlu ke bagitahu. Tak perlu kot. 
Bila semua dah tahu azam aku, nanti bila tiba masa aku terlupa or tak buat benda tu, mesti diorang persoalkan. 
"Kata azam tahun ni bla bla bla~"
So, better aku sorang je tahu azam aku untuk tahun ini dan tahun mendatang.




Antara perkara yang aku belajar masa 2014 ialah :

1.

' Tak semua kawan yang kau anggap kawan baik anggap kau kawan baik '

faham ? Related lah juga dengan post kedua aku dulu : sini
tapi, ni compicated sikit . Aku sendiri tak tahu nak terangkannya dalam bentuk lisan, apatah lagi penulisan.

2.

' Down tu menyakitkan. Sekali kau down hanya sebab markah peperiksaan, susah untuk kau bangun balik tanpa bantuan kawan-kawan kau '

Ya, dulu aku pernah down sangat-sangat . 
Sebab markah trial aku yang agak teruk . 3 out of 7 A .
Bila orang tanya markah je, mata aku panas, berair.
Hari-hari aku cuma fikir markah aku je. Sampai kadang-kadang termenung dan rasa nak nangis.
Then, some of kawan aku try untuk bagi kata-kata semangat, 
And thanks to them, Aku jadi diri aku balik.
Aku start untuk bangun balik eventho perangai biasa aku tu tak boleh hilang .
Which is , 'malas study' . TBH, dari sekolah rendah, aku memang malas belajar.
Okey dah, tutup cerita pasal down. 
Ibrahnya, JANGAN DOWN TAU :)

Jap Jap, kenapa aku cerita semua semua ni kat sini ?
Sebab, aku nak kita sama-sama reflect balik apa yang dah jadi masa tahun lepas untuk kita jadikan ibrah pada masa akan datang.
Arasso ?


p/s : Sekarang dah Maghrib, officially 12 Rabi'ulAwal la kan ?
Salam MaulidurRasul :)


__________________________________________



Siapa yang baca post ni, aku nak tanya.
Salah ke aku minat kpop ?
Aku tak puja diorang pun . Aku just puji.
Aku tak agungkan diorang pun . Aku just minat .
Anyone nak bagi pendapat , dipersilakan.
Cuma tolonglah guna perkataan yang baik.
Aku manusia biasa . Ada perasaan .
Aku benci dekat orang-orang yang bash ni.