Tuesday, February 17, 2015

Teladan . Pedoman

Assalamualaikum .


_____________________________________________

Korang Korang .
Pernah tak kutuk berjemaah ? Dalam group fb ke, wassap ke?
Pernah ? 
Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah.
Pernahlah. suatu ketika dahulu. Zaman teruk teruk sikit dulu
Bukan nak cakap sekarang dah baik. Tidak sama sekali.
Tapi, better sikit lah berbanding zaman dahulu dahulu kala. Hahaa

Kutuk ? Ngumpat ? 
Berbeza ke tak?
Entahlah. Aku kurang sikit bab bab bagi perbezaan ni.
So, aku assumed dua benda ni dekat-dekat atau kata lainnya 'berkaitan'

Firman Allah :

Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;

(Surah Hujurat ayat 12)

Kita sayang family kita kan ?
Sayang ibu ayah kan ? Sayang kakak kan ?
Sayang abang kan ? [Takde abang >.<]

Sejahatnakal mana pun mereka, still kita sayang kan ?
So, bayangkan . 
Cuba bayangkan. Kalau kita ngumpat orang, kutuk orang.
Apa kita buat dekat family kita ?
Nak ke macam tu ?

Opss. ter-emo.

Okay, Let's make it simple.
Jangan kutuk orang lagi tau.
Dan, jangan umpat orang lagi jugak.
Okay?

Kita sama-sama dah besar.
Dah boleh fikir secara rasional pun, mana betul. Mana salah.
Kalau pernah buat tu, let it go~
Hari seterusnya ni, kita fikir dulu before bercakap.
Aku pun kadangkala terlepas juga.
Biasalah. Aku manusia biasa. Susah jugak nak prevent prevent ni.
Tapi, kita cuba sama sama .




p/s : Mintak maaf salah silap semua..... Kitakan kawan. Kitakan saudara :)

No comments:

Post a Comment

Guna bahasa elok , okey ?