Sunday, February 15, 2015

Amanah berat tapi, Bahagia

Assalamualaikum 


____________________________________________

"Akak, akak tahu tak. Batch Da'im ambil batch GAM sebagai idola kitorang"

Si adik dorm aku lancar berkata .

Bahagia? Sangat. 
Batch aku dicontohi kerana ukhuwahnya yang sangat kuat.
Tahniah GAM kerana telah menjadi idola adik adik kita :)

Tapi....
GAM tidak cukup perfect. Mustahillah kalau nak cakap perfect kan.
Memang ukhuwah kami rapat, memang .
Tapi masih ada banyak perkara lagi yang kami perlu baiki.
GAM, kita usaha sama-sama okay :D

Da'ie Millenium 1418 .
Anak-anak Adik-adik usrah kami.
Jadi naqibah, bukan senang. Sebab, aku sendiri tak perfect.
Sebab, aku sendiri macam tak layak untuk bimbing mereka

Tapi terngiang-ngiang kata abi masa usrah gabungan haritu.
"Bukan ustaz, bukan abi yang pilih antum. Tapi Allah yang pilih antum jadi naqib, jadi naqibah"
Aku cuba . Walaupun kadang-kadang aku sendiri tak jadi contoh teladan yang baik untuk adik-adik.
Aku sendiri tak sebaik rakan-rakan yang lain yang memang ilmu mereka cukup tinggi berbanding dengan diri aku ini.

_______________________________________

"Assalamualaikum akak".
Sapa adik-adik dengan senyuman . 
Bahagia ? sangat bahagiaaaa .
Apabila adik-adik mempraktikkan dan jadikan salam itu sebagai amalan mereka.
Apa aku akan dapat rasa bahagia ini bila aku buat tak endah je pada diorang?

Bila mana mereka ikut cakap kami, rasa bahagia timbul serta-merta.
Meskipun bukan aku yang memberi teguran atau nasihat tu, tapi tetap aku rasa lapang dada bila diorang ikut. 

Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-An’am, 165 yang bermaksud :
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sewaktu mengendalikan usrah , apa perasaan aku ?
Rendah diri . ya, sangat rendah . 
Sebab, aku bukanlah seorang yang petah berkata . Seorang yang ilmu bertimbun di dada .
Aku bukanlah seorang yang Subhanallah indah akhlaknya. 
Apatahlagi aku bergandingan dengan rakan yang memang akhlaknya tiptop, ilmu penuh di dada.
Dan seorang pemimpin pelajar lagi .
Rendah diri itu automatic muncul. Kenapa ? Entah ler , den pun tak tahu.
Pemalu? ermm. adalah sikit. Aku susah sikit nak communicate dengan orang yg jarang jumpa. 

Tugas nuqaba' memang berat . Ya Rabb sangat berat . 

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud :
“Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka kuatir tidak akan dapat melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia.”

Lihat, betapa beratnya amanah. Langit, bumi yang besar, gunung-ganang pun tidak sanggup memikulnya.
AMANAH TANGGUNGJAWAB .
Mohon doa semua . Mungkin tahun lepas ku tak berapa faham apa tugas Nuqaba'. Moga tahun ini segalanya lebih baik dan lancar . Mohon doa semuaaaa. Sebab aku tak perfect. Kadang kadang aku lepas laku jugak.

“Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Generasi Amirul Mukminin 1216 sayang Da'ie Millenium 1418 :)



No comments:

Post a Comment

Guna bahasa elok , okey ?