Sunday, February 22, 2015

Welcome f4 baru | Going Back | #Wedding

Assalamualaikum 


______________________________________

Hari ni, balik semula ke asramaa~

"Ke SMAP Kajang ke kita"

Welcome to form 4 baru :)
Kami mengalu-alukan kedatangan anda.
Semoga anda semua dapat menyesuaikan diri dengan batch kami yang SUPER HEBAT ni , okay !

"GENERASI AMIRUL MUKMININ 1216"

Biar nama batch simple, tapi Gempak.
Kita harapan sekolah . 
Moga kita sama-sama meningkatkan lagi , mengGAHkan lagi nama Sekolah kita :)
They put us on a pedestal . So, we have to take that as a challenge to success !

_________________________________

Semalam 21/2/2015

Majlis Walimatul Urus Ustazah kesayangan kami, Ustazah Atiqah.
Ramainyaaaa batch GAM datang . Sangat ramai.
Rombongan Bangi, Klang, Shah Alam .
Dan sudah semestinya , All For Ummah dan deejay yang dibawa khas dari GAM1216 SMAPK. Hahaaa .

Aku datang ikut ex-smap . lagi syiok awww .
Ikut kak Hani n kak Fatin .
Aku datang terlambat sikit la.
Ada yang dah balik time tu.
Tak sempat nak ambik gambar ramai-ramai dengan kawan-kawan. (Macam hari ni tak jumpaaa)
Tak sempat tengok AFU . tengok Jodoh Berdua je la sempat .
Lagu favourite ? Mestilah . Tapi, yang nyanyi tu tak favourite laaa.
Penyanyi asal je favourite .
"Korang mengkucing aku kan kat sanaaa!!!"

Malas nak menaip panjang-panjang .
Stuffs tak kemas lagi . 

So, JOM BALIK SMAP KAJANG . WELCOME FOBA SMAPK :D 

uish uish

pinjam gambar !


Thursday, February 19, 2015

19/2 : Happy Chinese New Year !

Assalamualaikum 

_________________________________________

A special shoutout post for the Chinese :)
Happy Chinese New Year !
Walaupun aku bukan Chinese, tapi aku suka tengok + contohi sikap Chinese yang hebat-hebat belaka .

Kadang-kadang, nak jugak ada kawan Chinese.
Tapi, tak berkesempatan. 
Memang dari tadika sampailah sekarang, sekolah yang memang full Malay.
Kalau yang Chinese pun, Mixed Chinese.
Oh lupa . ada laoshi :D 
Laoshi yang sangat baikkkk woo !
Beliau ajar Mandarin . Tapi i ambik Japanese.
So, Kenal-kenal centu je la . 

TO ALL CHINESE ,


Gong Xi Fa Cai !

Siapa baik hati, usah segan usah malu , bagilah Angpau . haha . gurauuu .

p/s : Tadi dapat hamper + limau Mandarin dari seorang uncle Chinese yang duduk dekat kampung ni . Thankyou . Kan aku dah kata, Chinese ni baikkk :D

Tuesday, February 17, 2015

Teladan . Pedoman

Assalamualaikum .


_____________________________________________

Korang Korang .
Pernah tak kutuk berjemaah ? Dalam group fb ke, wassap ke?
Pernah ? 
Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah.
Pernahlah. suatu ketika dahulu. Zaman teruk teruk sikit dulu
Bukan nak cakap sekarang dah baik. Tidak sama sekali.
Tapi, better sikit lah berbanding zaman dahulu dahulu kala. Hahaa

Kutuk ? Ngumpat ? 
Berbeza ke tak?
Entahlah. Aku kurang sikit bab bab bagi perbezaan ni.
So, aku assumed dua benda ni dekat-dekat atau kata lainnya 'berkaitan'

Firman Allah :

Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;

(Surah Hujurat ayat 12)

Kita sayang family kita kan ?
Sayang ibu ayah kan ? Sayang kakak kan ?
Sayang abang kan ? [Takde abang >.<]

Sejahatnakal mana pun mereka, still kita sayang kan ?
So, bayangkan . 
Cuba bayangkan. Kalau kita ngumpat orang, kutuk orang.
Apa kita buat dekat family kita ?
Nak ke macam tu ?

Opss. ter-emo.

Okay, Let's make it simple.
Jangan kutuk orang lagi tau.
Dan, jangan umpat orang lagi jugak.
Okay?

Kita sama-sama dah besar.
Dah boleh fikir secara rasional pun, mana betul. Mana salah.
Kalau pernah buat tu, let it go~
Hari seterusnya ni, kita fikir dulu before bercakap.
Aku pun kadangkala terlepas juga.
Biasalah. Aku manusia biasa. Susah jugak nak prevent prevent ni.
Tapi, kita cuba sama sama .




p/s : Mintak maaf salah silap semua..... Kitakan kawan. Kitakan saudara :)

Sunday, February 15, 2015

Amanah berat tapi, Bahagia

Assalamualaikum 


____________________________________________

"Akak, akak tahu tak. Batch Da'im ambil batch GAM sebagai idola kitorang"

Si adik dorm aku lancar berkata .

Bahagia? Sangat. 
Batch aku dicontohi kerana ukhuwahnya yang sangat kuat.
Tahniah GAM kerana telah menjadi idola adik adik kita :)

Tapi....
GAM tidak cukup perfect. Mustahillah kalau nak cakap perfect kan.
Memang ukhuwah kami rapat, memang .
Tapi masih ada banyak perkara lagi yang kami perlu baiki.
GAM, kita usaha sama-sama okay :D

Da'ie Millenium 1418 .
Anak-anak Adik-adik usrah kami.
Jadi naqibah, bukan senang. Sebab, aku sendiri tak perfect.
Sebab, aku sendiri macam tak layak untuk bimbing mereka

Tapi terngiang-ngiang kata abi masa usrah gabungan haritu.
"Bukan ustaz, bukan abi yang pilih antum. Tapi Allah yang pilih antum jadi naqib, jadi naqibah"
Aku cuba . Walaupun kadang-kadang aku sendiri tak jadi contoh teladan yang baik untuk adik-adik.
Aku sendiri tak sebaik rakan-rakan yang lain yang memang ilmu mereka cukup tinggi berbanding dengan diri aku ini.

_______________________________________

"Assalamualaikum akak".
Sapa adik-adik dengan senyuman . 
Bahagia ? sangat bahagiaaaa .
Apabila adik-adik mempraktikkan dan jadikan salam itu sebagai amalan mereka.
Apa aku akan dapat rasa bahagia ini bila aku buat tak endah je pada diorang?

Bila mana mereka ikut cakap kami, rasa bahagia timbul serta-merta.
Meskipun bukan aku yang memberi teguran atau nasihat tu, tapi tetap aku rasa lapang dada bila diorang ikut. 

Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-An’am, 165 yang bermaksud :
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sewaktu mengendalikan usrah , apa perasaan aku ?
Rendah diri . ya, sangat rendah . 
Sebab, aku bukanlah seorang yang petah berkata . Seorang yang ilmu bertimbun di dada .
Aku bukanlah seorang yang Subhanallah indah akhlaknya. 
Apatahlagi aku bergandingan dengan rakan yang memang akhlaknya tiptop, ilmu penuh di dada.
Dan seorang pemimpin pelajar lagi .
Rendah diri itu automatic muncul. Kenapa ? Entah ler , den pun tak tahu.
Pemalu? ermm. adalah sikit. Aku susah sikit nak communicate dengan orang yg jarang jumpa. 

Tugas nuqaba' memang berat . Ya Rabb sangat berat . 

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud :
“Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka kuatir tidak akan dapat melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia.”

Lihat, betapa beratnya amanah. Langit, bumi yang besar, gunung-ganang pun tidak sanggup memikulnya.
AMANAH TANGGUNGJAWAB .
Mohon doa semua . Mungkin tahun lepas ku tak berapa faham apa tugas Nuqaba'. Moga tahun ini segalanya lebih baik dan lancar . Mohon doa semuaaaa. Sebab aku tak perfect. Kadang kadang aku lepas laku jugak.

“Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Generasi Amirul Mukminin 1216 sayang Da'ie Millenium 1418 :)



Bintang Syurga : Tribute to Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015)




Al-Fatihah 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
1. "In The Name of Allah, The Beneficent, The Merciful." 
2. "(All) praise is (only) Allah's, the Lord of the Worlds." 
3. "The Beneficent, The Merciful." 
4. "Master of the Day of Judgement." 
5. "Thee (alone) do we worship and of Thee (only) do we seek help." 
6. "Guide us (O' Lord) on the Straight Path." 
7. "The path of those upon whom Thou hast bestowed Thy bounties, not (the path) of those inflicted with Thy wrath, nor (of those) gone astray."