Tuesday, December 08, 2015

hai

Assalamualaikum.
maka, hari ni genap 7 bulan 2 hari saya tak update blog. Ya Rabbi.


teruk kan.
haih. Izzah izzah.


I guess nak tukar panggilan diri la . Hehe
kan sebelum ni asyik guna 'aku' kan. Kasar en.


so, starting today i'm using 'Izzah' eh :)


I don't know macam mana nak istiqamah update macam awak awak semua.
Lagi-lagi next year dah form 5.
ye . Form 5. Zaman menguruskan hal ehwal pelajar.


beratnya amanah. Doakan kami GAM1216 supaya menjadi pemimpin yang amanah.
Doakan kami berubah ke arah yang lebih baik.
Doakan hasrat BKM 2016 ke arah bi'ah solehah tercapai.


Mohon doa semua ye?


Masuk F5 banyak cabaran. F5 lah zaman kita nak bajet senior. Jadi senior yang baik cukuplah. Tak perlu buli buli. As senior la kita kena tunjuk peribadi dan akhlak yang baik kan.
Semoga kita sama-sama perbaiki diri masing masing dannnnnn ALL THE BEST SPM 2016 !!




esok ada kelas tambahan. Okay bai. Assalamualaikum .

Monday, April 06, 2015

Happy birthday !

☺️Assalamualaikum ! yo ! 

Happy birthday to me 
Happy birthday to me
Happy birthday to Izzah 
Happy birthday to me ! Yeay๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

Sanah helwah ya ukhti
Sanah helwah ya ukhti
Sanah helwah sanah helwah
Sanah helwah ya ukhti๐ŸŽ๐ŸŽ

Allah selamatkan saya
Allah selamatkan saya
Allah selamatkan Izzah Isa
Allah selamatkan saya ! ๐ŸŽค๐ŸŽค

Alhamdulillah , Allah bagi aku peluang lagi untuk menghirup udara segar di bumi yang penuh barakah ini .
Walaupun tahun ni sambut tanpa kek, tanpa kawan tapi takpelah .
Asal aku sembuh sesembuhnya ! 
Izzah tak boleh makan kek . ๐Ÿฐ Hmmmm

Hadiah birthday saya hanyalah cuti mc lagi seminggu . Oh my! 
Ai dah rindu kawankawan niiiiii~

Oleh itu, doakan saya sihat sejahtera
Doakan saya sihat sentiasa
Doakan saya bahagia
Doakan saya berjaya dunia akhirat
Doakan saya jadi orang hebat ! Yahhh!๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Terima kasih ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜



Taktau nak tulis gapo

Saturday, April 04, 2015

Bisul

Assalamualaikum .

Huish, berkepuk (ada ke istilah ni?) hapuk dekat blog ni...
Actually, aku dah seminggu ni tak menghadirkan diri ke sekolah .
Aippp. bukan sebab ponteng eh .
Tapi sebab tuuuu tajuk tu. tajuk tu . Bisul

Bisul.Bisul.Bisul

Aku sebut macam biasa je.
Tapi perit sayangggg ~

Seksa aku menahan sejak hari Khamis sebelum April tu.
Tak ingat tarikhh . sorry ma.
Puas air mata mengalir .
Because i thougt it just bisul biasa .
So, i buat dunno je laaa.
Kemuncak dia hari Jumaat Sabtu di mana berlangsungnya Tamrin kami.
Petang Jumaat tu memang aku tak tahan . I decided not to go to Masjid for Tamrin program.
Tapi, malam tu aku gagahkan jugak diri aku pergi .
Sempat lah dengar ceramah tentang aqidah dari seorang ex-smap .
Atleast, my time tak terbuang macam petang tu .
Sabtu esoknya, aku gagahkan diri pergi jugak. Tapi aku tak join lah explore race tu.
Aku tidur je . peh.... tidur je kerja .
Malam tu kemuncak untuk kemuncak. Aku tak tahan . Nak balik jugakkk hahaa
So, Fatin tolong callkan warden tanya condition aku ni boleh balik tak?
Bla warden bagi, aku kerah Fatin lagi untuk call rumah .
Esoknya, kakak aku awal pagi hang dia sampai .
Aku tak pack lagi . Lantaklah . capai apa ada balik .
Jalan pun kengkang . Hesh

K. Tamat cerita bosan akuuu ~

Petang tu pergi klinik . Klinik suruh refer hospital.
Tapi, aku tak pergi hospital .
Aku pergi Klinik Mesra !
Mesra sungguh klinik tu .
"KLINIK DEWASA , KANAK-KANAK DAN SURGERI"
kan Mesra kan ?

Isnin tu jugak bisul aku kena operate .
Pedih awak . Perit .
Habis Air Mata Sayaa .
Now, hari-hari dressing .
Dressing pun air mata aku keluar . Kau bayang macam mana aku operate ?
Tersedu-sedan hang !

Aku mohon jasa baik kalian untuk mendoakan kesejahteraan hamba . Doakan kesembuhan hamba . Doakan daging cepat tumbuhh .
Doakan hamba cepat boleh belajar dekat sekolah . Nak exam woi ~~

Oh My result before this, okeylah . Tak ada fail . Tapi ada satu D .
Tu pun aku dah sedih tahap gaban . Hmmm .

p/s: SAYA MENANG GIVEAWAY BY AISYAH BADRULHISHAM AND I'M EXCITED ! BIRTHDAY GIFT LAH NI

Heheheee kbai . Banyak melalut dah ni




Saturday, March 21, 2015

FIRST GIVEAWAY BY AISHAH BADRULHISHAM

Assalamualaikum









Syarat-syarat untuk join GA:
  • Tulis entri yang bertajuk 'First Giveaway By Aishah Badrulhisham'
  • Copy paste banner dan back link kan banner ke sini
  • Tinggalkan url di ruangan komen
  • Pemenang akan dipilih melalui random.org

SEMUA DONE :D tapi FB Aina Isham tak boleh add .
I don't have idea with it . Sorry.

*updated : Dah add FB Aina Isham :)




Friday, March 20, 2015

Aip

Assalamualaikum .

Ya Allah Ya Rabbi 
Lamanya tak jenguk .
Lately, busy sikit. Haih takdelah busy mana.
Tapi sibuk melayan kawan dekat laman lain .

A few stories to share .

Ujian Mac .

Susah . Yap susah.
Tahu apa aku fikir? Kata ujian Mac, soalan mesti senang, tapi ni susah pulak.
Aku ni dahlah jenis malas study. Last minute baru study.
Memang haru lah time aku buka kertas tu. 
Bahasa Inggeris aku pula memang tak tahu nak cakap apa.
Bab grammar memang hancur.
OH MY ENGLISH jadinya.
Doa-doalah semua Lulus . Kalau A lagi aku gembira .

#RoadToSPM2016 #11A+

Oh ya, ni aku nak promote sikit .

Idola Nasyid aku, HAFIZ HAMIDUN akan melancarkan Album baru beliau #ILoveRasulullah.
Jom pakat beli .
Aku dah order dah. Cuma tunggu sampai rumah je ni.
Tapi, nanti bila CD sampai, aku takdak la kat rumah .
Sebulan lepastu baru aku balik. Hmm takpelah . Redha redha ahahahaa.

Hangpa semua boleh Whatapps no. ni : +6017-2812978 atau melalui www.cdnasyid.com


JANGAN MENYESAL TAK BELI SUDAH

CD dia semua Alhamdulillah aku ada . fanatik kateko hahahaa
siap ada CD Bonus R4Bia Syria, dapat free masa beli online dekat kakak dia dulu.

Okey tutup pasal CD . Jangan lupa beli okay

Tadi, date dengan kawan . perempuan perempuan , bukan lelaki .
Aku pun tak nak lah kalau lelaki . aip aip
Semalam aku dah teman Syida berlatih Tilawah .
Haih date juga .

Harini, dengan Ainur dengan Syida juga sepatutnya.
Tapi disebabkan ada problem sikit ni ha, Aku dengan Ainur je la hahaa.
Pergi naik bas kot. Fuh , aku cakap aku nak experience sikit adventure nya naik bas.
Okey sesak sesak. 

Sempat lah jugak tengok movie CicakMan 3 . Tapi tak habis tengok pun, ada hal sikit eheh 
Aku takut jugak nak tengok wayang, But Alhamdulillah my row semua perempuan. Yeay .
Aku mestilah pilih seat hujung .


Acah acah flawless kateko heh . Spec keunguan sangat dah tu

So, lepasni kita fokus on homework jom . Fokus Fokus ?
Macam mustahil . Haih Izzah bila nak berubah .


____________________________________

Upcoming activities : KEM IBADAH TINGKATAN 1 DAN 2 . 
Yeay ! Semoga berjalan lancar . Aminnn.....


Saturday, March 07, 2015

Cinta | Jodoh Berdua

Assalamualaikum :D

Just nak share satu video ni .



And , Doakan MARCH TEST kami yang bermula pada 9/3/2015 :)
Doakan kami .

Oh ! 9 Mac jugak birthday Syida dengan Husnul, Ummu sekalii . 
Jangan risau, aku tak lupa :)
Biar jasad aku jauh . Tapi, ingatan aku masih kuat InsyaaAllah .'
Semoga korang bahagia dunia akhirat :)
Sayang korang !

Sunday, February 22, 2015

Welcome f4 baru | Going Back | #Wedding

Assalamualaikum 


______________________________________

Hari ni, balik semula ke asramaa~

"Ke SMAP Kajang ke kita"

Welcome to form 4 baru :)
Kami mengalu-alukan kedatangan anda.
Semoga anda semua dapat menyesuaikan diri dengan batch kami yang SUPER HEBAT ni , okay !

"GENERASI AMIRUL MUKMININ 1216"

Biar nama batch simple, tapi Gempak.
Kita harapan sekolah . 
Moga kita sama-sama meningkatkan lagi , mengGAHkan lagi nama Sekolah kita :)
They put us on a pedestal . So, we have to take that as a challenge to success !

_________________________________

Semalam 21/2/2015

Majlis Walimatul Urus Ustazah kesayangan kami, Ustazah Atiqah.
Ramainyaaaa batch GAM datang . Sangat ramai.
Rombongan Bangi, Klang, Shah Alam .
Dan sudah semestinya , All For Ummah dan deejay yang dibawa khas dari GAM1216 SMAPK. Hahaaa .

Aku datang ikut ex-smap . lagi syiok awww .
Ikut kak Hani n kak Fatin .
Aku datang terlambat sikit la.
Ada yang dah balik time tu.
Tak sempat nak ambik gambar ramai-ramai dengan kawan-kawan. (Macam hari ni tak jumpaaa)
Tak sempat tengok AFU . tengok Jodoh Berdua je la sempat .
Lagu favourite ? Mestilah . Tapi, yang nyanyi tu tak favourite laaa.
Penyanyi asal je favourite .
"Korang mengkucing aku kan kat sanaaa!!!"

Malas nak menaip panjang-panjang .
Stuffs tak kemas lagi . 

So, JOM BALIK SMAP KAJANG . WELCOME FOBA SMAPK :D 

uish uish

pinjam gambar !


Thursday, February 19, 2015

19/2 : Happy Chinese New Year !

Assalamualaikum 

_________________________________________

A special shoutout post for the Chinese :)
Happy Chinese New Year !
Walaupun aku bukan Chinese, tapi aku suka tengok + contohi sikap Chinese yang hebat-hebat belaka .

Kadang-kadang, nak jugak ada kawan Chinese.
Tapi, tak berkesempatan. 
Memang dari tadika sampailah sekarang, sekolah yang memang full Malay.
Kalau yang Chinese pun, Mixed Chinese.
Oh lupa . ada laoshi :D 
Laoshi yang sangat baikkkk woo !
Beliau ajar Mandarin . Tapi i ambik Japanese.
So, Kenal-kenal centu je la . 

TO ALL CHINESE ,


Gong Xi Fa Cai !

Siapa baik hati, usah segan usah malu , bagilah Angpau . haha . gurauuu .

p/s : Tadi dapat hamper + limau Mandarin dari seorang uncle Chinese yang duduk dekat kampung ni . Thankyou . Kan aku dah kata, Chinese ni baikkk :D

Tuesday, February 17, 2015

Teladan . Pedoman

Assalamualaikum .


_____________________________________________

Korang Korang .
Pernah tak kutuk berjemaah ? Dalam group fb ke, wassap ke?
Pernah ? 
Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah.
Pernahlah. suatu ketika dahulu. Zaman teruk teruk sikit dulu
Bukan nak cakap sekarang dah baik. Tidak sama sekali.
Tapi, better sikit lah berbanding zaman dahulu dahulu kala. Hahaa

Kutuk ? Ngumpat ? 
Berbeza ke tak?
Entahlah. Aku kurang sikit bab bab bagi perbezaan ni.
So, aku assumed dua benda ni dekat-dekat atau kata lainnya 'berkaitan'

Firman Allah :

Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;

(Surah Hujurat ayat 12)

Kita sayang family kita kan ?
Sayang ibu ayah kan ? Sayang kakak kan ?
Sayang abang kan ? [Takde abang >.<]

Sejahatnakal mana pun mereka, still kita sayang kan ?
So, bayangkan . 
Cuba bayangkan. Kalau kita ngumpat orang, kutuk orang.
Apa kita buat dekat family kita ?
Nak ke macam tu ?

Opss. ter-emo.

Okay, Let's make it simple.
Jangan kutuk orang lagi tau.
Dan, jangan umpat orang lagi jugak.
Okay?

Kita sama-sama dah besar.
Dah boleh fikir secara rasional pun, mana betul. Mana salah.
Kalau pernah buat tu, let it go~
Hari seterusnya ni, kita fikir dulu before bercakap.
Aku pun kadangkala terlepas juga.
Biasalah. Aku manusia biasa. Susah jugak nak prevent prevent ni.
Tapi, kita cuba sama sama .




p/s : Mintak maaf salah silap semua..... Kitakan kawan. Kitakan saudara :)

Sunday, February 15, 2015

Amanah berat tapi, Bahagia

Assalamualaikum 


____________________________________________

"Akak, akak tahu tak. Batch Da'im ambil batch GAM sebagai idola kitorang"

Si adik dorm aku lancar berkata .

Bahagia? Sangat. 
Batch aku dicontohi kerana ukhuwahnya yang sangat kuat.
Tahniah GAM kerana telah menjadi idola adik adik kita :)

Tapi....
GAM tidak cukup perfect. Mustahillah kalau nak cakap perfect kan.
Memang ukhuwah kami rapat, memang .
Tapi masih ada banyak perkara lagi yang kami perlu baiki.
GAM, kita usaha sama-sama okay :D

Da'ie Millenium 1418 .
Anak-anak Adik-adik usrah kami.
Jadi naqibah, bukan senang. Sebab, aku sendiri tak perfect.
Sebab, aku sendiri macam tak layak untuk bimbing mereka

Tapi terngiang-ngiang kata abi masa usrah gabungan haritu.
"Bukan ustaz, bukan abi yang pilih antum. Tapi Allah yang pilih antum jadi naqib, jadi naqibah"
Aku cuba . Walaupun kadang-kadang aku sendiri tak jadi contoh teladan yang baik untuk adik-adik.
Aku sendiri tak sebaik rakan-rakan yang lain yang memang ilmu mereka cukup tinggi berbanding dengan diri aku ini.

_______________________________________

"Assalamualaikum akak".
Sapa adik-adik dengan senyuman . 
Bahagia ? sangat bahagiaaaa .
Apabila adik-adik mempraktikkan dan jadikan salam itu sebagai amalan mereka.
Apa aku akan dapat rasa bahagia ini bila aku buat tak endah je pada diorang?

Bila mana mereka ikut cakap kami, rasa bahagia timbul serta-merta.
Meskipun bukan aku yang memberi teguran atau nasihat tu, tapi tetap aku rasa lapang dada bila diorang ikut. 

Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-An’am, 165 yang bermaksud :
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sewaktu mengendalikan usrah , apa perasaan aku ?
Rendah diri . ya, sangat rendah . 
Sebab, aku bukanlah seorang yang petah berkata . Seorang yang ilmu bertimbun di dada .
Aku bukanlah seorang yang Subhanallah indah akhlaknya. 
Apatahlagi aku bergandingan dengan rakan yang memang akhlaknya tiptop, ilmu penuh di dada.
Dan seorang pemimpin pelajar lagi .
Rendah diri itu automatic muncul. Kenapa ? Entah ler , den pun tak tahu.
Pemalu? ermm. adalah sikit. Aku susah sikit nak communicate dengan orang yg jarang jumpa. 

Tugas nuqaba' memang berat . Ya Rabb sangat berat . 

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud :
“Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka kuatir tidak akan dapat melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia.”

Lihat, betapa beratnya amanah. Langit, bumi yang besar, gunung-ganang pun tidak sanggup memikulnya.
AMANAH TANGGUNGJAWAB .
Mohon doa semua . Mungkin tahun lepas ku tak berapa faham apa tugas Nuqaba'. Moga tahun ini segalanya lebih baik dan lancar . Mohon doa semuaaaa. Sebab aku tak perfect. Kadang kadang aku lepas laku jugak.

“Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Generasi Amirul Mukminin 1216 sayang Da'ie Millenium 1418 :)



Bintang Syurga : Tribute to Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015)




Al-Fatihah 

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ู„ّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ
ุงู„ุฑَّุญْู…ู€ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
ู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ
ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ
ุงู‡ุฏِู†َู€ู€ู€ู€ุง ุงู„ุตِّุฑَุงุทَ ุงู„ู…ُุณุชَู‚ِูŠู…َ
ุตِุฑَุงุทَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ุนَู…ุชَ ุนَู„َูŠู‡ِู…ْ ุบَูŠุฑِ ุงู„ู…َุบุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ุงู„ุถَّุงู„ِّูŠู†َ
1. "In The Name of Allah, The Beneficent, The Merciful." 
2. "(All) praise is (only) Allah's, the Lord of the Worlds." 
3. "The Beneficent, The Merciful." 
4. "Master of the Day of Judgement." 
5. "Thee (alone) do we worship and of Thee (only) do we seek help." 
6. "Guide us (O' Lord) on the Straight Path." 
7. "The path of those upon whom Thou hast bestowed Thy bounties, not (the path) of those inflicted with Thy wrath, nor (of those) gone astray."

Sunday, January 11, 2015

Anugerah Nasyid IKIM.FM 2014 #ANI2014

Assalamualaikum :D

Tadi dok debar debar bak hang tengok #ANI2014 .
Hehe, Aku tengok penasyid yang dari dulu sehinga kini aku minat .

HAFIZ HAMIDUN .

Dari zaman dia debut lagi (Peh, Debut kau)



Overall ,

Kategori Utama 

Lagu Terbaik 

Tempat Pertama: Tangis Sebatang Tamar – Daqmie 
Tempat Kedua: Seiring Sehaluan – UNIC 
Tempat Ketiga: Kasih Padamu – Hafiz Hamidun

Lirik Terbaik 
Ito Lara (Tangis Sebatang Tamar) 

Persembahan Terbaik 
Al-Haq Yang Satu – Mawi & Dato AC Mizal 

Vokal Terbaik 
Daqmie (Tangis Sebatang Tamar) 

Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta IKIM 
Tangis Sebatang Tamar – Daqmie 

Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta IKIM 
Kasih Padamu – Hafiz Hamidun 

Artis Baru Terbaik 
Du’a   

Kategori Pilihan Pendengar 

Artis Solo Pilihan Pendengar : Hafiz Hamidun 
Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar : NOWSEEHEART 
Lagu Pilihan Pendengar : Kasih Padamu – Hafiz Hamidun


TAHNIAH untuk mereka :D

p/s : Esok dah kena balik SMAP Kajang .
Minta maaf , tak sempat blogwalking blog korang balik .
InsyaaAllah , sebulan akan datang . i datang, okay :)

Selamat Menjalani Sesi Persekolahan 2015 !
Hai 4 Musytari >.<

#RoadToSPM2016


Saturday, January 10, 2015

Kepentingan Ilmu *Perkongsian

Assalamualaikum :D

Seperti yang dijanjikannnnnn . teng teng teng
Esok sekolah . Hahaa .

Perkongsian Hadith. InsyaaAllah 

Hadith: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.

Huraian Hadith: 

Pengajaran hadis:

i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :

  1. Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
  2. Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
  3. Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
  4. Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ˜bodoh sombong' maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

Sumber : http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/kepentingan-ilmu


Lama tapi sekejap

Assalamualaikum .

Ahad , hari istimewa kut.
Ahad , hari bermulanya rutin harian baru .
Ahad , hari balik asrama woii .
Ahad , berapa haribulan?

11/1/2015 .

Sekejap je dah nak start sekolah kan.
Haritu masa TPM umum sekolah tangguh, fuh hepi menggunung sampai lupa yang seminggu tu pejam celik pejam celik takdelah lama mana .
Buktinya, ahad ni dah kena balik asrama . Isnin, start sekolah . Fuhh! 
Are you ready, guys? Aku? Mestilah tak tapi terpaksa mereadykan diri sendiri jelahh. Hahaa .

So, start sekolah nanti. Tanamkan semangat belajar kita balik setelah hampir 2 bulan kita cuti.
2 bulan kau . 2 bulan, nampak lama . Memang lama . Tapi rasa sekejap je. 
Sebab manusia , bukan senang nak puas kan? Kalau boleh harihari nak cuti kan? 
Tapi, kita still ada tanggungjawab . Tanggungjawab sebagai pelajar . Tanggungjawab sebagai Muslim. 
MENUNTUT ILMU . Ya ! Menuntut ilmu . 

"Tuntutlah ilmu
Kerana Allah
Satu kewajipan 
Setiap insan

Sudah tertera 
Di dalam Quran
Hadis ditatang
Sunnah dijulang"

Tibatiba teringat nasyid ni time sekolah rendah dulu . Hehe .





Update post ni in action je ni. Hehe
InsyaaAllah, next entry about ilmu .
I'll try to search about 'ilmu' from other sources .
Sharing is caring kan :) 
Walau bukan aku yang menulis sendiri , tapi aku berkongsi .
Taknak lah untung sendiri . Kita untung sama-sama , okay ? :))


Hi School Love On xD 

Thursday, January 08, 2015

Sanah Helwah , kakak :)

Assalamualaikum.

Shoutout post for my sister who studies at Universiti Malaysia Sarawak nun sana.....



Sanah Helwah ya ukhti 
Sanah Helwah ya ukhti
Sanah Helwah Sanah Helwah 
Sanah Helwah ya ukhti~

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to cik Nad
Happy Birthday to you~

Selamat Hari Lahir 
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir cik Nad
Selamat Hari Lahir ~

Saeng il chuk ha ham ni da
Saeng il chuk ha ham ni da
Sarang ha neun Nadiah ssi
Saeng il chuk ha ham ni da ~

Tanjoubi Omedetou
Tanjoubi Omedetou
Tanjoubi Omedetou 
Tanjoubi Omedetou ~

HAPPY 21ST BIRTHDAY !
MAY ALLAH BLESS YOU .
Buat betulbetul Exam !

SINCERELY FROM THE CUTEST MAKNAE 
*perasankejapHeheee

Wednesday, January 07, 2015

Bahaya Hasad Dengki *perkongsian*

Assalamualaikum .

Perkongsian yang aku jumpa di Facebook.
Tak patut rasanya kalau aku tak share di sini.
Lapangkan masa kita untuk membaca ya :)


_________________________________________


Rasulullah ๏ทบ bersabda; bermaksud: “Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ
ุฃَู†َّ ุงู„ู†َّุจِูŠَّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู‚َุงู„َ ุฅِูŠَّุงูƒُู…ْ ูˆَุงู„ْุญَุณَุฏَ ูَุฅِู†َّ ุงู„ْุญَุณَุฏَ ูŠَุฃْูƒُู„ُ ุงู„ْุญَุณَู†َุงุชِ ูƒَู…َุง ุชَุฃْูƒُู„ُ ุงู„ู†َّุงุฑُ ุงู„ْุญَุทَุจَ ุฃَูˆْ ู‚َุงู„َ ุงู„ْุนُุดْุจَ

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi ๏ทบ bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud - 4257)

Sabda Nabi ๏ทบ, ·“Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan hasad dengki.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi).·

Takrif hasad dengki

Imam Nawawi menulis di dalam Riyadhussolehin tentang apa itu hasad, ”Seseorang yang tidak gembira kalau saudaranya mendapatkan sesuatu, sedangkan ia sendiri akan gembira kalau memperolehnya, maka orang yang sedemikian ini disebut orang dengki.”

Menurut Imam Ghazali, tahap kedengkian itu ada tiga jenis, iaitu: 

1. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan ia dapat menggantikannya.

‎2. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang, sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil bahawa dirinya akan dapat menggantikannya atau memang bukan mudah memperolehinya atau sebab-sebab yang lain. Pokoknya, asalkan orang itu jatuh, ia gembira. Ini adalah lebih jahat dari kedengkian yang pertama.

 ‎3. Dia tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang, tetapi ia benci kalau orang itu akan melebihi kenikmatan yang dimilikinya sendiri. Inipun terlarang, sebab jelas dia tidak redha dengan apa-apa yang telah dikurniakan oleh Allah.

Keadaan orang berhasad dengki

Orang yang berhasad dengki hidupnya tidak akan tenteram. Dia bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT, malah pemikirannya juga sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Sifat dengki akan mewujudkan permusuhan. Manusia seperti ini sentiasa merasakan dialah yang terbaik, jadi dia akan gelisah jika ada orang lain melebihinya.

Paling hina sekiranya dengki itu menyebabkan dorongan kepadanya melakukan sesuatu tindakan semata-mata untuk menjatuhkan orang lain, seterusnya boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah-memfitnah, pergaduhan, pembohongan, putus silaturahim, penghinaan dan lain-lain. Malah tidak hairan jika sifat dengki juga boleh mengakibatkan pembunuhan. Semua kejahatan ini akan wujud ekoran dari perasaan hasad dengki selagi ianya tidak dijauhkan.

Firman Allah SWT, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki.” (Al-Falaq: 5)

Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Hatta ulama-ulama pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi, hingga di dalam hadis ada dinyatakan, salah satu sebab dari golongan yang masuk neraka itu ialah ulama kerana hasadnya.

Allah SWT menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad ayat 29-30:

Patutkah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)? (Muhammad: 29) 

Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan. (Muhammad: 30)

Akibat hasad dengki

1. Merosakkan amalan ketaatan

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi ๏ทบ bersabda: "Jauhi olehmu sekalian akan sifat hasad, kerana sesungguhnya hasad itu menghapuskan beberapa kebaikan ibarat api memakan kayu api dan rumput." (Bukhari dan Muslim)

2. Mendorong melakukan kedurhakaan

Orang yang bersifat hasad (dengki) tidak akan terlepas dari perbuatan memburuk-burukkan orang lain, berdusta, mencaci dan mengumpat. Dari Dhamrah bin Tsa'labah: "Tentu sahaja orang-orang itu baik, selama mana mereka itu tidak saling dengki-mendengki" (Thabrani)

3.Terhalang dari mendapat syafaat

Dari Abdullah bin Basyar, dari Nabi ๏ทบ:
"Tidaklah termasuk golonganku, si pendengki, orang yang mengadu domba, orang yang mengamalkan ilmu tenung, dan sayapun tidak dari golongan mereka."

Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: "Orang-orang yang menyakiti hati orang mukmin lelaki mahupun wanita dengan apa-apa yang mereka tidak lakukan (tuduhan palsu), maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan kedustaan dan dosa yang nyata." (Thabrani)

4. Masuk Neraka

Dari Umar dan Anas bin Malik r.a, Nabi ๏ทบ bersabda:
"Ada enam macam orang yang akan masuk neraka sebelum dihisab, oleh sebab enam jenis perbuatan." Siapakah mereka ya Rasulullah? Baginda menjawab:
1. Para penguasa, kerana tindakan aniaya mereka,
2. Orang Arab oleh sebab sifat asabiyahnya,
3. Para penjajah kerana keangkuhannya,
4. Para pedagang, kerana perbuatan khianat mereka,
5. Orang kampung kerana kebodohannya,
6. Para ulama oleh sebab sifat dengki mereka. (Riwayat Dailamy)

5. Berbuat sesuatu yang akan membahayakan orang lain.

Allah SWT menyarankan agar memohon kepadaNya perlindungan dari kejahatan Syaitan dan kejahatan pendengki.

Firman Allah bermaksud: "Dan dari kejahatan si pendengki apabila dia mendengki" (Al Falaq: 5)

Nabi ๏ทบ bersabda: "Mintalah pertolongan atas terlaksananya beberapa keperluanmu dengan sembunyi-sembunyi, kerana sesungguhnya tiap-tiap yang mendapat nikmat itu didengki"

6. Menghadapi kesulitan hidup dan bergelumang dengan dosa dan durhaka.

Berkata Ibnus Sammaki: "Saya belum pernah melihat orang yang aniaya, seperti orang yang dianiaya oleh orang yang berbuat dengki, iaitu sulit, fikirannya bingung serta selalu susah."

7. Hati menjadi buta.

Seorang yang hasad dengki seakan tidak dapat memahami hukum Allah lagi asalkan dia dapat melaksanakan kedengkiannya seperti tindakan Qabil membunuh Habil. Berkata Sufyan: "Janganlah engkau menjadi orang yang pendengki serta cepat mengambil kesimpulan."

8. Selalu gagal dalam hidup.

Kata hukama': Orang yang pendengki itu tidak akan jadi pemimpin (selalu menemui kegagalan). 

Apakah ada hasad di dalam diri kita?

Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan kita sakit hati dan orang lain dapat bencana kita senang hati. Jiwa sentiasa rasa menderita dan terseksa.

Bila wujud hasad dengki dalam diri, akan berlakulah hina menghina, fitnah memfitnah, benci membenci, dendam-mendendam, jahat sangka dan mengadu domba yang semuanya akan mendatangkan dosa-dosa dan menghapuskan kebaikan lainnya. Mungkin ada sedikit kebaikan yang pernah kita buat, semuanya akan terhapus dengan cepat umpama api membakar kayu api atau rumput.

Seseorang yang melayan hasad dengkinya adalah penjahat dan perosak serta pemecah-belah persaudaraan antara manusia. Juga dia seorang yang paling biadab dengan Allah SWT. Sama ada dia sedar atau tidak, dia benci kepada Allah, serta tidak syukur dan redha dengan pemberian Allah.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Kisah ini mengingatkan kepada sebuah hadis, yang menerangkan bukan mudah untuk diiktiraf sebagai ulama, "Kamu tidak akan menjadi seorang ulama hingga ada tiga hal dalam dirimu: Kamu tidak dengki terhadap orang yang (keilmuannya) di atasmu, dan kamu tidak meremehkan orang yang (keilmuannya) ada di bawah kamu, serta kamu tidak mengambil (mencari) dunia dengan ilmu kamu". (HR Ad-Darimi-294)

Walau setinggi mana ilmunya, sebanyak mana sekalipun solatnya, puasanya, hajinya dan hebat perjuangannya tetapi di sisi Allah tetaplah dia ahli Neraka, kerana hakikat orang yang berhasad dengki itu orang yang biadap dengan Allah.

Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takutkan Neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi. Lawanlah sungguh-sungguh sifat mazmumah itu.

Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takutkan Neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi. Lawanlah sungguh-sungguh sifat mazmumah itu.

Mengatasi hasad dengki

Di antara langkah-langkah yang mesti kita lakukan sebagai mujahadah terhadap hasad dengki ialah:

1. Setiap kali orang yang kita dengki itu apabila beroleh kejayaan, kita kunjungilah dia untuk mengucap tahniah dan bergembira bersamanya. Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana atau musibah, kita kunjungi pula untuk mengucapkan takziah dan tumpang bersedih bersamanya.

2. Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahsiakan.

3. Selalulah ziarah dan beri hadiah pada orang yang kita dengki itu. Saling berhadiah itu melahirkan kasih sayang dan menjauhkan permusuhan.

‎4. Kalau ada orang cuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita pertahankan dia. Jangan layan orang (atau syaitan) yang hendak merosakkan mujahadah kita.

5. Berdoalah selalu pada Allah SWT agar memudahkan kita mengubat penyakit dengki yang amat bahaya dalam diri kita itu.

Ingatlah selalu janji Allah SWT, "Dan mereka yang berrnujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu." (Al Ankabut: 69)

Timbul hasad dengki kita pada seseorang ialah kerana orang itu mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang mengatasi apa yang ada pada diri kita. Bila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan, perlumbaan atau perniagaan maka datanglah dengki itu.

Sepatutnya tidak ada hasad dengki. Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilan-Nya mengatur pemberian kepada hamba-hamba-Nya, kita tidak akan berdengki-dengkian lagi.

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan/irihati (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa':32)

Allah yang melebih dan mengurangkan pemberian-Nya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sedar dirinya sebagai hamba-Nya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menghadapi ujian.

‎"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk: 2)

Kalau Allah lebihkan seseorang itu dari kita, ertinya Allah mahu menguji kita sama ada sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah.

Kalau begitu apa perlu hasad dengki? Kalau hasad dengki juga ertinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan kita tidak menerima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad bukan sahaja bermusuh dengan orang yang dihasadkan itu tetapi juga bermusuh dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah maka layaklah menjadi ahli Neraka.

Antara orang yang hasad dan orang yang kena hasad, yang susah ialah orang yang hasad, lebih-lebih lagi apabila yang dihasad mendapat kejayaan.

Jika kita didengki

Kita boleh memilih antara empat cara ini:

1. Membalas semula kejahatan dengan kejahatan.

Cara ini pastinya bukan cara yang terbaik, malah akan memburukkan keadaan, serta akan terjadi permusuhan yang berpanjangan. 

2. Berdiam diri. Tidak perlu membalas, hanya perlu bersabar. Tetapi cara ini amat sukar untuk dibuat. Terpaksa memendam perasaan yang sangat sakit, kecuali jika seseorang itu sudah redha dengan segala ketentuan Allah.

3. Membalas kejahatan kedengkian itu dengan kebaikan. Mampukah kita berbaut baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita? Orang dengki kita, kita beri dia hadiah. Orang susahkan kita, kita tolong dia kembali. Ibarat kalau orang lempar kita dengan najis, kita lempar semula dengan minyak wangi. Sedangkan untuk berbuat baik kepada orang yang amat baik kepada kitapun teramat payah, inikan pula kepada orang yang berlaku jahat kepada kita.

4. Doakan mereka agar diberi hidayah oleh Allah, serta akan insaf dan beriman.



_________________________________________

Dengar apa kata abe hafiz kita ni .