Sunday, December 28, 2014

#PrayForMangsaBanjir

Assalamualaikum .

Mohon doa semua . Mohon bantuan semua .
Untuk mangsa-mangsa banjir di sana .

Aku tak tahu nak tulis apa . Tapi, cuma nak ingatkan, tolonglah jangan babitkan isu-isu politik atau sebagainya pada masa-masa genting seperti banjir ni.
Kita bantu sesama kita . Kita semua rakyat Malaysia , kan .

Apa kita boleh buat ? Bantu mereka setakat yang termampu .
Mungkin kita tak dapat menjadi sukarelawan yang membantu mangsa banjir di sana.
Tapi, kita boleh bantu dengan menyumbang barang-barang untuk diberi kepada mangsa banjir melalui sukarelawan-sukarelawan yang tampil membantu mereka.
Bantu setakat yang termampu, okey ? Kita tak rugi apapun kalau bantu mereka.

Lagi satu, kalau kawan kawan korang ataupun orang yang korang follow dekat twitter atau laman sosial yang lain tak tweet or update pasal banjir yang melanda tu, 
Tolong tolong tolong jangan judge diorang macam diorang tu tak prihatin langsung terhadap mangsa banjir . Tolong jangan judge macam tu.
Siapa tahu..... Mungkin dioranglah yang banyak menyumbang barang keperluan, makanan dan duit untuk mangsa banjir. Daripada kau dok kutuk sana sini, baik kau tolong mangsa banjir. Sedih lah tengok orang dok kutuk kutuk ni. 

Manusia tak perfect la kawan . 
Manusia pun ada perasaan .
Manusia pun ada benda yang dia minat. Biarlah dia dengan minat dia . 
Arasso?

Tapi, aku salute la tengok anak-anak muda sekarang yang bergiat aktif dalam kerja sukarelawan ni. Ini baru Anak Malaysia ! Semoga Allah memberkati kalian 
InsyaaAllah, kalau panjang umur , aku nak join juga sukarelawan macam ni.

Apa pun , sama-sama kita bersatu dalam doa kita .
Doakan untuk kesejahteraan mangsa-mangsa banjir di sana . 
Doa agar air mula surut.

Kawan-kawan SMAPK yang terlibat, kalian sentiasa berada dalam ingatan kami. Okey :) 

#PrayForMangsaBanjir 

Mungkin ini teguran Allah buat hambaNya yang disayangi ini
Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Guna bahasa elok , okey ?