Tuesday, December 16, 2014

Online Shopping | Signoriz | Tempah Baju Online

Assalamualaikum .

Commonlah kan . Blog masih kosong .
Mood meng-update pun meningkat . Ceh .
Lagilagi ni cuti sekolah. 

Tengok tajuk . Online shopping ? Suka tak suka tak ?
Kalau aku, aku memang suka online shopping. Alhamdulillah, dah banyak kali aku beli online, tak ada yang tipu aku. 
Tapi, kawankawan aku semua macam takut nak beli online.
Hey , sekarang zaman dah maju. Semua beli klik klik je. 
Banyak instashop, blogshop. 
Even order baju pun online sekarang. Baju kelas aku lah tu~

Untuk elak ditipu , survey la dulu bisnes tu dengan testimoni pelanggan-pelanggan sebelum kita. Pastikan bisnes tu dipercayai ramai, prestasi tiptop. Kalau nak lebih lebih selamat, beli dengan seller yang berdaftar bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia okey ? Tapi, banyak je trusted seller sekarang. Dan yang paling penting, kita kena YAKIN baru tak raguragu !

Disebabkan aku ni suka beli online, habislah bank kakak aku jadi mangsa. Maaf kak !
Almaklumlah, aku takde akaun bank lagi. So, kalau korang budak bawah umur macam aku ni, mintalah tolong ibu ayah kakak kita bayarkan guna bank diorang. Hahaa . Tapi, aku bayar kat diorang dulu okeyyy baru suruh diorang transfer dekat akaun penjual. 

Mesti pelikkan, kenapa tiba tiba aku update tentang online shopping ?
Sebab.... aku baru je terima parcel dari Signoriz Enterprise. 
Syarikat yang menawarkan perkhidmatan menempah baju, button badges, varsity jackets etc . Syarikat ni dipercayai ramai tau . Dah tiga kali aku beli dekat sini.
Parcel ni bukan aku punya sorang pun . Ni baju kelas aku tahun ni.
Hmm. buat last minute, dapat pun lambat la . Padan muka korang!

So, aku just nak recommend. Kalau korang nak buat baju kelas ke, baju batch ke, baju family day ke, DISYORKAN untuk menempahnya di Signoriz. 
Perkhidmatan tiptop! Minimum tempahan ialah 20 pcs. Pos free :D Hihi...



       
cr : Signoriztshirt's photo
Ni baju kitorang . Simple je :)

p/s : Kualiti kain semuaaa bagus . Hehe baii


2 comments:

Guna bahasa elok , okey ?