Monday, December 15, 2014

Kawan

Assalamualaikum .

Kawan ? 
Kau tahu ke apa maksud kawan ?
Tahu ? Serious ?

Bagi aku , friendship ni perlukan 'kepercayaan' yang sangat tinggi .
Tak payah bagi contoh jauh sangat la.
Aku sendiri . 
Aku mula untuk hindarkan diri dari diorang sebab aku ni merendah diri (konon).
Aku tak tahu sejak bila aku macam tak sebulu sangat dengan diorang .
Tapi, still rapat . Hmm rapat lah juga .
Aku ni pula jenis yang susah nak declare orang tu orang ni kawan baik.
Aku serik dah. Tapi sekarang ni, aku cuba tanamkan balik kepercayaan aku. Cehh.

Lagipun, aku ni jenis tak ramai sangat kawan . Bukan sebab aku sombong bongkak tuuu . Tapi, sebab aku sendiri tak reti bergaul. Tak peliklah, sebab kakak aku pun ada yang macam tu. Tapi, diorang reti lah jugak berkomunikasi. Berapa banyak tapi aku bagi ni . Aku? susah sikitlah, tapi still aku masih mencuba. Aku tak nak hadkan kawan-kawan aku. Aku try nak bergaul dengan semua orang.

Kau tahu? Dulu aku punya susah nak senyum, sekarang senyum punya lebar even hati gundah tau. Satu kemajuan lah untuk diri aku. Hehe .
Okey, tutup pasal senyum. Sambung, kawan.

Orang kata aku berubah? Bolehlah.... 
Semuanya berpunca dari kawan sebenarnya. 
Buat aku lebih kental. Lebih berani . Lebih seronok okayy
To be honestlah, cuti sekolah ni aku rasa dah bosan sangat dah duduk rumah.
So, aku dengan kawan-kawan baik (Yes! ni kawan baik) aku rancang nak hangout. Yuhuu.... my first hangout with them! Dari rancang 5 orang , jadi tiga je. It's okay. Aku jumpa diorang pun aku dah happy sangat sangat. Rasa macam dunia ni aku punya pula. Termasuklah masa reunion haritu. Bibir ni terukir senyuman je bila nampak kawan kawan lama. Semoga persahabatan kita kekal ya! Amin....

Nampak tak? Kawan itu penting. Tanpa kawan, aku tak tahu lah macam mana. Dah terbiasa ada kawan walaupun tak berapa ramai. Lagi lagi aku ni jenis yang 'pemalu'. Masa diorang susah, bukannya aku takde, aku ada tapi aku jenis memerhati. Mungkin diorang fikir aku tak pedulikan diorang, tapi sebenarnya aku tahu pasal diorang. Yelah, diorang bukan nak cerita dekat aku. Siapalah aku untuk tahu pasal diorang. Terpaksa selidik. Hahaa.

Aku tak suka soalan ni , "Siapa kawan baik kau?" "Siapa bestfriend kau?" .
Kenapa? Kalau soalan ni ditujukan dekat kawan yang kau anggap kawan baik, then tiba tiba dia tak sebut pun nama kau . Apa kau rasa ? Sedih ? Geram ? Rasa nak bunuh diri ? 
So, bagi aku, aku tak nak jawapan dia . Mungkin kalau dia ada sebut nama kau, kau akan gembira terlompat lompat . Tapi, kalau dia tak sebut ? Kau nak buat apa ? Terjun kawah air panas ? Mesti sedih kan .

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi kawan baik someone. Aku just nak kawan dengan semua orang walaupun aku tahu yang aku ni jenis tak reti bergaul, jenis tak pandai keep in touch dengan orang. 

For those yang rasa ada kawan, tapi tak dipedulikan. Chillax .
Allah ada kan? 
Rasa sengal pulak dulu menangis sebab rasa tak berguna sangat untuk orang.
Allah sentiasa ada untuk kita. Biarlah kawan anggap kita macam bayang bayang je. Kita jalankan tanggungjawab kita as kawan diorang, okay? 

Kalau ada kawan aku yang baca ni, aku takde dengan korang bukan sebab aku tak peduli . Aku ada, tapi aku rasa aku perlu invisible diri aku kot . I'm here. Ada apa apa ? Jumpa aku okay ? 


Minah Longkang. Hahaa


Aku mungkin tak boleh jadi penasihat, tapi aku boleh jadi pendengar masalah :)


No comments:

Post a Comment

Guna bahasa elok , okey ?