Sunday, December 28, 2014

#PrayForMangsaBanjir

Assalamualaikum .

Mohon doa semua . Mohon bantuan semua .
Untuk mangsa-mangsa banjir di sana .

Aku tak tahu nak tulis apa . Tapi, cuma nak ingatkan, tolonglah jangan babitkan isu-isu politik atau sebagainya pada masa-masa genting seperti banjir ni.
Kita bantu sesama kita . Kita semua rakyat Malaysia , kan .

Apa kita boleh buat ? Bantu mereka setakat yang termampu .
Mungkin kita tak dapat menjadi sukarelawan yang membantu mangsa banjir di sana.
Tapi, kita boleh bantu dengan menyumbang barang-barang untuk diberi kepada mangsa banjir melalui sukarelawan-sukarelawan yang tampil membantu mereka.
Bantu setakat yang termampu, okey ? Kita tak rugi apapun kalau bantu mereka.

Lagi satu, kalau kawan kawan korang ataupun orang yang korang follow dekat twitter atau laman sosial yang lain tak tweet or update pasal banjir yang melanda tu, 
Tolong tolong tolong jangan judge diorang macam diorang tu tak prihatin langsung terhadap mangsa banjir . Tolong jangan judge macam tu.
Siapa tahu..... Mungkin dioranglah yang banyak menyumbang barang keperluan, makanan dan duit untuk mangsa banjir. Daripada kau dok kutuk sana sini, baik kau tolong mangsa banjir. Sedih lah tengok orang dok kutuk kutuk ni. 

Manusia tak perfect la kawan . 
Manusia pun ada perasaan .
Manusia pun ada benda yang dia minat. Biarlah dia dengan minat dia . 
Arasso?

Tapi, aku salute la tengok anak-anak muda sekarang yang bergiat aktif dalam kerja sukarelawan ni. Ini baru Anak Malaysia ! Semoga Allah memberkati kalian 
InsyaaAllah, kalau panjang umur , aku nak join juga sukarelawan macam ni.

Apa pun , sama-sama kita bersatu dalam doa kita .
Doakan untuk kesejahteraan mangsa-mangsa banjir di sana . 
Doa agar air mula surut.

Kawan-kawan SMAPK yang terlibat, kalian sentiasa berada dalam ingatan kami. Okey :) 

#PrayForMangsaBanjir 

Mungkin ini teguran Allah buat hambaNya yang disayangi ini
Wallahu'alam

Monday, December 22, 2014

PT3 ?

Assalamualaikum :)

Debar Debar Jantung Dup Dap Dup .
22 Disember 2014 .
Tarikh official keluarnya keputusan pt3 yang pertama .
Aku dah ambil dah kertas result pt3 aku . Alhamdulillah .
45 minutes journey hanya untuk ambil kertas tu. Kau tahu tak betapa debarnya aku.
Alhamdulillah, my parents faham keadaan kita.
Tak rasa kecewa sangat walaupun anaknya tak dapat straight As.

Jangan sedih for those yang tak dapat Straight As , sebab kita sama .
Bukan nak bangga tak dapat straight As, tapi itulah usaha kita.
Tak dinafikan, gredding tahun ni agak tinggi . 80++ baru A .
Tapi itulah gredding yang dari dulu sekolah kita guna untuk nilai kita, kan ?
So, Redha , okay !

Aku pun awal awal macam pertikaikan kenapa gred tak turun ? 
Kenapa 80++ baru A ? Kenapa ni ? Kenapa tu ?
Tapi bila aku fikir balik, dah takdir . Nak tukar pun tak boleh , kan ?
Apa kita boleh buat? Usaha lagi ke arah 11A+ SPM pulak .

For those yang straight As (11A or 10A)
Tahniah dear~
Join kitorg ke arah 11A+ SPM jom . Hahaaa .
Form 4 Form 5 lebih mencabar duh . 
Ajar kitorang apa yang kitorang lemah . 

Alhamdulillah Syukur Syukur Alhamdulillah .
Sekolah aku, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang .
Straight As , 35 orang .
Congratulations korang !
Yg 10A 1B pun 35 orang .
Congratulations jugak !
Sayangg semuaaa .
SPM nanti kita bagi gempak okayy .
11A+ . Go Go GAM ! #GGGAM

Untuk semua pelajar tingkatan tiga ~
Apapun keputusan kita, kita kena bersyukur .
Atleast kita better than orang lain kan ? :)
Jangan rasa down . sebab down tu sangat menyakitkan .
Cukuplah aku pernah down dulu time trial .
Kau ingat senang nak bangun balik ?
Terima kasih dekat kawan2 yang banyak sedarkan aku time tu.
uishhhh . past is past , tak nak ingat dah >.<

TAHNIAH UNTUK SEMUA . 
Kita tempuhi zaman form 4 dan form 5 kita dengan semangat yang baruuuuu !
1216-Fighting !



Ni video batch masa jamuan haritu . 
Generasi Amirul Mukminin, kita dah buat yang terbaik kan :)

Wednesday, December 17, 2014

First Segmen: Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman

Assalamualaikum .

Tadaa~

"First Segmen: Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman"

First segmen aku join dan First segmen yang Cik Iman buat :D




Maklumat lanjut, hubungi talian ini ya . 
First Segmen: Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman.

Tag :

1) Ija 
2) Ina 
3) Ainur

DONE !


Tuesday, December 16, 2014

Online Shopping | Signoriz | Tempah Baju Online

Assalamualaikum .

Commonlah kan . Blog masih kosong .
Mood meng-update pun meningkat . Ceh .
Lagilagi ni cuti sekolah. 

Tengok tajuk . Online shopping ? Suka tak suka tak ?
Kalau aku, aku memang suka online shopping. Alhamdulillah, dah banyak kali aku beli online, tak ada yang tipu aku. 
Tapi, kawankawan aku semua macam takut nak beli online.
Hey , sekarang zaman dah maju. Semua beli klik klik je. 
Banyak instashop, blogshop. 
Even order baju pun online sekarang. Baju kelas aku lah tu~

Untuk elak ditipu , survey la dulu bisnes tu dengan testimoni pelanggan-pelanggan sebelum kita. Pastikan bisnes tu dipercayai ramai, prestasi tiptop. Kalau nak lebih lebih selamat, beli dengan seller yang berdaftar bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia okey ? Tapi, banyak je trusted seller sekarang. Dan yang paling penting, kita kena YAKIN baru tak raguragu !

Disebabkan aku ni suka beli online, habislah bank kakak aku jadi mangsa. Maaf kak !
Almaklumlah, aku takde akaun bank lagi. So, kalau korang budak bawah umur macam aku ni, mintalah tolong ibu ayah kakak kita bayarkan guna bank diorang. Hahaa . Tapi, aku bayar kat diorang dulu okeyyy baru suruh diorang transfer dekat akaun penjual. 

Mesti pelikkan, kenapa tiba tiba aku update tentang online shopping ?
Sebab.... aku baru je terima parcel dari Signoriz Enterprise. 
Syarikat yang menawarkan perkhidmatan menempah baju, button badges, varsity jackets etc . Syarikat ni dipercayai ramai tau . Dah tiga kali aku beli dekat sini.
Parcel ni bukan aku punya sorang pun . Ni baju kelas aku tahun ni.
Hmm. buat last minute, dapat pun lambat la . Padan muka korang!

So, aku just nak recommend. Kalau korang nak buat baju kelas ke, baju batch ke, baju family day ke, DISYORKAN untuk menempahnya di Signoriz. 
Perkhidmatan tiptop! Minimum tempahan ialah 20 pcs. Pos free :D Hihi...



       
cr : Signoriztshirt's photo
Ni baju kitorang . Simple je :)

p/s : Kualiti kain semuaaa bagus . Hehe baii


Monday, December 15, 2014

Kawan

Assalamualaikum .

Kawan ? 
Kau tahu ke apa maksud kawan ?
Tahu ? Serious ?

Bagi aku , friendship ni perlukan 'kepercayaan' yang sangat tinggi .
Tak payah bagi contoh jauh sangat la.
Aku sendiri . 
Aku mula untuk hindarkan diri dari diorang sebab aku ni merendah diri (konon).
Aku tak tahu sejak bila aku macam tak sebulu sangat dengan diorang .
Tapi, still rapat . Hmm rapat lah juga .
Aku ni pula jenis yang susah nak declare orang tu orang ni kawan baik.
Aku serik dah. Tapi sekarang ni, aku cuba tanamkan balik kepercayaan aku. Cehh.

Lagipun, aku ni jenis tak ramai sangat kawan . Bukan sebab aku sombong bongkak tuuu . Tapi, sebab aku sendiri tak reti bergaul. Tak peliklah, sebab kakak aku pun ada yang macam tu. Tapi, diorang reti lah jugak berkomunikasi. Berapa banyak tapi aku bagi ni . Aku? susah sikitlah, tapi still aku masih mencuba. Aku tak nak hadkan kawan-kawan aku. Aku try nak bergaul dengan semua orang.

Kau tahu? Dulu aku punya susah nak senyum, sekarang senyum punya lebar even hati gundah tau. Satu kemajuan lah untuk diri aku. Hehe .
Okey, tutup pasal senyum. Sambung, kawan.

Orang kata aku berubah? Bolehlah.... 
Semuanya berpunca dari kawan sebenarnya. 
Buat aku lebih kental. Lebih berani . Lebih seronok okayy
To be honestlah, cuti sekolah ni aku rasa dah bosan sangat dah duduk rumah.
So, aku dengan kawan-kawan baik (Yes! ni kawan baik) aku rancang nak hangout. Yuhuu.... my first hangout with them! Dari rancang 5 orang , jadi tiga je. It's okay. Aku jumpa diorang pun aku dah happy sangat sangat. Rasa macam dunia ni aku punya pula. Termasuklah masa reunion haritu. Bibir ni terukir senyuman je bila nampak kawan kawan lama. Semoga persahabatan kita kekal ya! Amin....

Nampak tak? Kawan itu penting. Tanpa kawan, aku tak tahu lah macam mana. Dah terbiasa ada kawan walaupun tak berapa ramai. Lagi lagi aku ni jenis yang 'pemalu'. Masa diorang susah, bukannya aku takde, aku ada tapi aku jenis memerhati. Mungkin diorang fikir aku tak pedulikan diorang, tapi sebenarnya aku tahu pasal diorang. Yelah, diorang bukan nak cerita dekat aku. Siapalah aku untuk tahu pasal diorang. Terpaksa selidik. Hahaa.

Aku tak suka soalan ni , "Siapa kawan baik kau?" "Siapa bestfriend kau?" .
Kenapa? Kalau soalan ni ditujukan dekat kawan yang kau anggap kawan baik, then tiba tiba dia tak sebut pun nama kau . Apa kau rasa ? Sedih ? Geram ? Rasa nak bunuh diri ? 
So, bagi aku, aku tak nak jawapan dia . Mungkin kalau dia ada sebut nama kau, kau akan gembira terlompat lompat . Tapi, kalau dia tak sebut ? Kau nak buat apa ? Terjun kawah air panas ? Mesti sedih kan .

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi kawan baik someone. Aku just nak kawan dengan semua orang walaupun aku tahu yang aku ni jenis tak reti bergaul, jenis tak pandai keep in touch dengan orang. 

For those yang rasa ada kawan, tapi tak dipedulikan. Chillax .
Allah ada kan? 
Rasa sengal pulak dulu menangis sebab rasa tak berguna sangat untuk orang.
Allah sentiasa ada untuk kita. Biarlah kawan anggap kita macam bayang bayang je. Kita jalankan tanggungjawab kita as kawan diorang, okay? 

Kalau ada kawan aku yang baca ni, aku takde dengan korang bukan sebab aku tak peduli . Aku ada, tapi aku rasa aku perlu invisible diri aku kot . I'm here. Ada apa apa ? Jumpa aku okay ? 


Minah Longkang. Hahaa


Aku mungkin tak boleh jadi penasihat, tapi aku boleh jadi pendengar masalah :)


Sunday, December 14, 2014

Annyeong ?


Assalamualaikum :D

Selamat Datang 


cr : Google Images

14/12/2014 

Tarikh di mana blog ini ditubuhkan semula .
Semoga ianya lebih bermanfaat .
Semoga ianya lebih berinformasi .
Semoga ianya tersurat  memori bersama .
Dan semoga ianya disenangi 😊




Ceyy, bermadah pulak aku .

Blog kali ni , aku buat sempoi je .
Okay ?